Friday, February 11, 2011

Pinggan Kaca

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini dapat menaip lagi utk mengupdate blog baru ummi. Baru tadi baca blog kak erna pasal pinggan kaca. Haaaa kat rumah ummi memang guna pinggan kaca dari belum ada anak sampai lah beranak dua nie. Seingat ummi masa abang tak penah pun dia pecahkan apa2 tapi masa adik, Allah saja yang tahu. Dia memang suka kacau ummi kat dapur. Pastu mulalah dia pi goncang2 r
 ak pinggan. Huuuu sungguh mencemaskan. Kalau jatuh rak tu, mau berterabur pinggan2 tu. Banyak kali dilarang tapi biasalah benda yang kita larang tu lah yang dia suka buat pun..

Ummi ada jugak beli mangkuk plastik utk kegunaan anak2. Memandangkan abang masih lagi tak mahu suap sendiri (bila makan nasi ) so ummi masih berani lagi guna pinggan kaca. If dia makan suap sendiri lepas nie, memang kena standby pinggan plastik la kan.. Cawan + gelas pun macam tu gak. Tapi ummi byk guna mug. Utk anak2 ummi guna cawan plastik jugak..

Abang umur 3t2b, ummi x berani lagi nak ajar dia basuh pinggan+cawan sendiri lagi. Haaaa kalau dah jumpa air tu paham2 je lah budak2 kan suka main air. Nanti x pasal2 banjir pulak dapur kat rumah. Bila dah besar sikit, ummi ingat baru nak ajar abang basuh sendiri. Kena belajar berdikari jugak. Nanti mana tahu ummi sakit, abang boleh bantu ummi sikit2 kan..

No comments:

Post a Comment